Setiap Hari Baca Al-Quran, Nenek Lumpuh Berusia 100 Tahun Lolos Dari Kebakaran

Loading...
Jodoh, takdir dan ajal maut semuanya sudah ditentukan oleh tuhan. Walaupun sesuatu yang berlaku tidak masuk akal bagi manusia, namun kita perlu sedar bahawa sesuatu itu pasti bakal terjadi dengan izin-Nya.
Senario dan keajaipan ini telah terjadi  kepada seorang nenek yang berusia 100 tahun, dikatakan terselamat dari kebakaran yang berlaku dirumahnya. Dikhabarkan juga bahawa, nenek ini telah lumpuh hampir seluruh badan dan sukar untuk bergerak sejak usianya masih muda.

Terlepas dari kebakaran yang dahsyat

Kejadian ini telah dikenal pasti berlaku di Kabupaten Banjar, Indonesia. Dilaporkan juga bahawa, rumah yang ditinggal oleh nenek berkenaan merupakan rumah usang yang terbina daripada papan sahaja.
Ketika rumah tersebut sedang terbakar, rumah tersebut dan kawasan sekelilingnya dipenuhi dengan api yang marak dan merebak. Nenek ini juga dikatakan tinggal berseorangan dan tidak mempunyai ahli keluarga.

Tekun mengaji walaupun dah setengah usia!

Jiran tetangga terkejut mendapati nenek berkenaan terselamat dari kebakaran yang marak tersebut. Jelas mereka lagi, nenek ini hanya tahu mengaji sahaja sejak dari dulu lagi. Mereka juga beranggapan bahawa kejadian yang berlaku ini adalah salah satu keajaiban dan mukjizat dari Allah.

Rumah nenek itu sememangnya sudah hangus dalam kebakaran. Walaupun ramai yang agak pelik dengan kejadian itu, namun mereka semua anggap perkara tersebut sebagai satu pengajaran.
Janji Allah itu pasti. Dia sememangnya akan menolong hamba-Nya dalam pelbagai bentuk cara sekalipun.


Sumber: Kumparan.
Loading...

0 Response to "Setiap Hari Baca Al-Quran, Nenek Lumpuh Berusia 100 Tahun Lolos Dari Kebakaran"

Posting Komentar

Loading...