Setahun Peluk Islam, Pemuda ‘Nakal’ Bersyukur Keluarga Faham & Mertua Terima

Loading...
Berhijrah menjadi seorang Muslim bukanlah bermakna seseorang harus meninggalkan keluarganya. Ia juga merupakan satu langkah menjadi lebih baik untuk masa akan datang.
Menerusi satu perkongsian daripada seorang pemuda di akaun Twitternya, dia telah memuat naik kembali kenangan setahun selepas bergelar seorang Muslim iaitu pada 9 Februari 2019.

Setahun bergelar Muslim

Genap setahun menjadi seorang Muslim, pemuda bernama Alexender D Santiago itu berasa bersyukur kerana sedang belajar menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
Dia juga sudahpun berumah tangga dengan wanita pelihan mengakui bahawa keluarga mertuanya sangat membantu membimbingnya menjadi lebih baik.

Masih seperti dahulu

Disamping itu juga, Alexender dilihat tidak langsung membelakangkan keluarga sendiri kerana masih akrab seperti sebelumnya. Tambahan pula, dia dan isteri tetap pulang menyambut tahun baru Cina seperti selalu pada sambutan tempoh hari.

Sekarang dah kahwin, dah ada tanggungjawab

Dia yang telah ditemuramah oleh Mstar online menceritakan bahawa sudah setahun juga dia tidak menyentuh alkohol dan sedang gigih belajar solat serta menghafal surah-surah lazim.
Mengakui semakin tenang sejak begelar Muslim, Alexender berasa bersyukur kerana keluarga mertua menerima kehadirannya kerana dia merupakan budak nakal sebelum menjadi seorang suami.

“Setahun dah tak sentuh alkohol. Dah tak nakal…biasalah budak nakal. Sekarang dah kahwin, dah ada tanggungjawab.”

Kedua buah keluarga saling memahami

Berwajah campuran Cina, Filipina, Thailand dan Australia, Alexender terharu dengan hubungan persefahaman keluarganya serta keluarga mertua kerana dia sahaja dalam keluarga besar itu yang memasuki Islam.
Sehubungan dengan perkongsian pemuda tersebut, ramai warganet mendoakan agar dia terus isitqomah dalam mempelajari Islam.
Walaupun sudah setahun bergelar Muslim, perkongsian Alexender masih menerima pujian serta doa agar dia tetap teguh menjadi Muslim yang baik.

Loading...

0 Response to "Setahun Peluk Islam, Pemuda ‘Nakal’ Bersyukur Keluarga Faham & Mertua Terima"

Posting Komentar

Loading...