Presiden Filipina Arah Polis & Askar Tembak Mati Orang Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Loading...
Walaupun telah diberi arahan untuk duduk di rumah sepanjang ‘lockdown’ berlaku, namun masih ada yang berdegil dan tidak mahu mendengar arahan.
Akibat pelanggaran perintah ini, Presiden Filipina iaitu Rodrigo Duterte mengambil langkah ‘kejam’ dengan memberi arahan kepada polis dan tentera untuk menembak mati bagi sesiapa yang melanggar sepanjang ‘lockdown’ berjalan.
“Jadikan ini sebagai satu amaran bagi semua orang. Ikut arahan kerajaan kerana keadaan sekarang sangat kritikal dan jangan mencederakan pekerja kesihatan kerana itu dikira sebagai jenayah besar.
“Arahan saya pada polis dan tentera, sekiranya ada yang membuat masalah maka nyawa mereka dalam bahaya dan akan ditembak mati,” kata Rodrigo.
Amaran ini dikeluarkan setelah penduduk Manila di Bandar Quezon membuat bantahan di jalan raya yang mendakwa bahawa mereka tidak menerima bekalan makanan sejak ‘lockdown’ dilaksanakan dua minggu lalu.
Jocy Lopez, penduduk yang mengetuai bantahan terpaksa melakukan perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai bekalan makanan disebabkan pelaksanaan tersebut.
“Kami ingin meminta bantuan kerana kelaparan. Kami tidak diberi makanan, beras, barangan dapur atau wang. Kami tidak bekerja dan kepada siapa ingin kami bergantung?” ujar wanita berusia 47 tahun sebelum ditangkap.
“Menggunakan kekerasan dan penahanan tidak akan dapat memberhentikan kelaparan rakyat Filipina. Sehingga kini, bantuan tunai yang dijanjikan untuk golongan miskin terus dinafikan,” kata kumpulan hak wanita, Gabriela.
Sumber: Aljazeera

Loading...

0 Response to "Presiden Filipina Arah Polis & Askar Tembak Mati Orang Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’"

Posting Komentar

Loading...