Bukan Sahaja Jaga Keselamatan Negara, Polis Juga Ditugaskan Bagi Kucing Jalanan Makan

Loading...
Bukan sahaja petugas perubatan, malah anggota keselamatan seperti polis dan angkatan tentera juga dikerah tenaga untuk memastikan tiada rakyat yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun ditugaskan untuk mengawal dalam tempoh PKP, namum terdapat anggota Polis tidak lupa terhadap nasib haiwan-haiwan jalanan yang juga turut terkesan.

Polis juga jaga haiwan jalanan

Jika dahulu, kucing-kucing jalanan ini mudah mendapatkan makanan ihsan daripada orang awam atau sisa makanan daripada warung atau di kedai makan, kini mereka hanya menanti ihsan manusia berhati mulia.





Pastikan kucing jalanan ada makanan

Dengan sifat ihsan, beberapa orang anggota polis wanita mengambil tanggungjawab dalam tempoh PKP ini, untuk memberi makanan kepada semua kucing-kucing jalanan.



Sungguh mulia hati anggota tersebut, dalam sibuk menjalankan tugas menjaga keselamatan negara, tidak dilupakan juga makhluk-makhluk Tuhan yang juga memerlukan bantuan ihsan manusia.

Sumber : Muhammad Hafiz

Loading...

0 Response to "Bukan Sahaja Jaga Keselamatan Negara, Polis Juga Ditugaskan Bagi Kucing Jalanan Makan"

Posting Komentar

Loading...