Budak Palestin Ditampar & Dibawa ‘Jalan2’, Tak Gerun Dikelilingi Senjata Zionis

Loading...
Tentera Israel menahan seorang remaja Palestin berusia 13 tahun dan menutup matanya sebelum dibawa mengelilingi bandar Hebron.
Menurut laporan badan hak asasi manusia B’Tselem, Abd a-Razeq Idris dari kejiranan Abu Jales di Tebing Barat ditahan pasukan keselamatan Zionis pada 3 November lalu.
Selepas itu, mangsa dipaksa menaiki sebuah jip dan dibawa ke kawasan lain sejauh kira-kira 1 kilometer dari kediaman rumahnya.

“Dia bercakap dengan saya dalam bahasa Ibrani supaya saya tidak faham apa yang dia katakan,” kata Abd a-Razeq Idris.

Difahamkan remaja tersebut disoal siasat mengenai pembaling batu dan dihantar pulang sekitar jam 2 petang (waktu tempatan).
Menerusi rakaman video, tentera rejim juga kelihatan membaling beberapa letupan yang dipercayai mercun secara rawak di kawasan berkenaan.

Tonton video penuh :

Sumber : BTselem
Loading...

0 Response to "Budak Palestin Ditampar & Dibawa ‘Jalan2’, Tak Gerun Dikelilingi Senjata Zionis"

Posting Komentar

Loading...