Anak Pemandu Lori Sampah Cemerlang STPM, Tekad Ubah Nasib Keluarga

Loading...
Kecemerlangan hidup seseorang itu bukanlah dipandang mengikut taraf keluarganya, tetapi diukur berdasarkan usaha dan kegigihannya untuk mencapai kejayaan.
Hari ini, seorang anak gadis bernama Nuraini Jalaluddin, 20, berjaya membuktikan anak kepada pemandu lori sampah juga mampu untuk bergelar insan berjaya.

Dapat anugerah pelajar terbaik

Nuraini telah memperoleh keputusan cemerlang dengan nilai Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 5A dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019, sekaligus dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik.
33 tahun ayah bawa lori sampah
Melihat susah payah bapanya bekerja selama 33 tahun sebagai pemandu lori sampah, telah menyuntik semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarga.
“Dengan mempunyai pelajaran saja dapat mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik. Bapa sudah 33 tahun memandu lori sampah dan akan bersara bulan depan, saya mengharapkan dia dapat berehat dan menikmati usia tua selepas ini…”
Tidak kira apa pun latar belakang kita, jika berkehendak untuk berjaya, dengan usaha dan tawakal pasti tiada yang mustahil, selagi kita percaya akan kemampuan diri sendiri.
Sumber : Harian Metro
Loading...

0 Response to "Anak Pemandu Lori Sampah Cemerlang STPM, Tekad Ubah Nasib Keluarga"

Posting Komentar

Loading...