Gadis Melayu-Thai Persis ‘Munni’ Bajrangi Bhaijaan Raih Perhatian Ramai

Loading...
Filem Bajrangi Bhaijaan merupakan lakonan utama Salman Khan, Kareena Kapoor dan juga Harshali Malhotra telah berjaya membuat ramai penonton mengalirkan air mata.
Watak cilik Munni atau Shahida yang dilakonkan Harshali Malhotra, memberi kesan yang sangat mendalam sehingga mampu membuat penonton berasa sedih dan juga tersenyum dengan jalan cerita yang dipersembahkan.

“Wehh dah besar Munni dalam cerita bajrangi tu…”

Hari ini di laman Twitter, tular mengenai sebuah video TikTok yang memaparkan seorang gadis yang bertudung labuh dan dikatakan agak mirip dengan watak Munni dalam filem Bollywood (Bajrangi Bhaijaan) berkenaan.
Video Player
00:00
00:14
Video yang berdurasi 14 saat ini telah meraih hampir 9,500 ulang kicau dan juga lebih 19,300 tanda suka oleh warna netizen di laman Twitter. Malah ramai juga turut mengakui, raut wajah gadis bertudung labuh ini sememangnya serupa seperti Munni.

Ramai pula yang jatuh hati!

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut dilihat meninggalkan komen pujian dan mengatakan bahawa wajah gadis ini sememangnya seakan-akan watak Munni dalam filem tersebut.
Para jejaka juga dilihat turut teruja dan terpesona dengan senyuman yang dilemparkan oleh gadis ini dalam video berkenaan.

Serius memang sama dan cantik sangat!

Yang perempuan pun terpegun tengok!

Subahanallah, cantiknya dia!

Oh melayu thai rupanya!



Sumber: Twitter.
Loading...

0 Response to "Gadis Melayu-Thai Persis ‘Munni’ Bajrangi Bhaijaan Raih Perhatian Ramai"

Posting Komentar

Loading...